skkgv.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN KING GEORGE V
Jalan Kuala Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.Sembilan
Tel : 06-7623041, Faks : 06-7623041                        E-mel : skkgv@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | SEKAPUR SIRIH | FALSAFAH | VISI, MISI & PIAGAM | LOGO & LAGU SEKOLAH | PENGURUSAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN PELAJAR | PIBG | PUSAT SUMBER SEKOLAH | PAUTAN | KEJAYAAN SKKGV | PENCAPAIAN UPSR | BUKU PELAWAT | HUBUNGI KAMI | SEJARAH |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR

TN. HJ. HAMZAH BIN HJ. KOLEH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak ahli jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturrahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak demi  mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan meneruskan kegigihan dan bakti mulia agar sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasakan lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wassalam.

skkgv@zoom-a.com








Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: